Rabu, 15 Julai 2020

SAHAM BSKL SELEPAS COVID

    Saham yang bernilai ringgit kini menjadi sen.
Mula sahaja PKP terus saham jatuh merudum. Kini saham BSKL hidup segan dan tidak menunjukkan kadar kenaikkan yang diharapkan.
    Saham menjadi rendah kerana pemilikkan asing telah keluar dan menarik modal mereka. Hanya tinggal pemain saham tempatan dan jerung seperti Khazanah, PNB dan KWAP. Saham yang naik hanyalah saham yang berkaitan dengan Covid seperti Top Glove, Kossan dan Harta. Bagi saham perubatan tiada kenaikkan lagi walau ada angin menyatakan Pharmaniaga dan Duophrma bakal menjadi pengedar vaksin Covid 19.
    Bagi sektor lain seolah-olah tiada kenaikkan dan hanya ada penurunan. Keadaan ini akan berterusan dan mungkin lebih buruk dimasa hadapan jika pembukaan sempadan ditangguhkan oleh negara-negara di seluruh dunia.


Rabu, 12 Februari 2020

Ekonomi Malaysia

Ekonomi Malaysia sudah mula lesu pada Tahun 2016. Kerana harga minyak menurun dengan teruk. Maka pada tahun ini GST diperkenalkan.

Setelah diperkenalkan ia memang telah menggangu para peniaga kerana terpaksa mengutip cukai bagi pihak Kerajaan. Pihak peniaga perlu membuat kerja tambahan.

Pada 2018 Kerajaan telah bertukar. Kerajaan baru mengambil langkah untuk menghapuskan GST dan memperkenalkan SST baharu. Ia merupakan usaha yang baik untuk memperbaharui kadar sistem percukaian. Tetapi SST tidak mampu untuk menurunkan harga barang dan menambah hasil percukaian negara. Memburukkan keadaan apabila cukai-cukai yang baru diperkenalkan untuk menambah hasil pendapatan negara.

Jadi apakah langkah-langkah yang perlu untuk menjadikan ekonomi negara menjadi lebih rancak?

Kerajaan perlu memberikan kelegaan kepada rakyat. Cukai-cukai yang baharu diperkenalkan harus dihapuskan. Ini merupakan trend dunia. Negara akan memberikan pengurangan cukai. Cukai yang kurang akan meningkatkan keyakinan rakyat untuk berbelanja.

Langkah ke dua adalah merakyatkan ekonomi. Monopoli harus dihapuskan. Tidak perlu memberi lesen kepada satu syarikat sahaja. Sebagai contoh untuk mengimport buah dan sayur hanya ada 3 syarikat yang mempunyai lesen.
Benarkan rakyat memasarkan barangan mereka di pasaraya besar. Peluang harus diberikan peniaga kecil untuk memasarkan barangan mereka.

Ke tiga menarik semula pelancong dengan memperbaiki kemudahan asas di kawasan perlancongan. Membuat papan tanda dengan gambar di kawasan perlancongan seperti yang dibuat di Thailand. Kenakan sedikit bayaran di kawasan perlancongan untuk kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sampah.

Akhir sekali mudahkan rakyat untuk berniaga. Hapuskan lesen-lesen perniagaan yang membebankan dan benarkan rakyat berniaga di kawasan rumah.

Sekian, jika ada pandangan lain boleh berikan komen.

Isnin, 10 Februari 2020

PEKAN SEHARI

PEKAN SEHARI

Pekan sehari adalah tempat membeli belah warga kampung. Ia memang sinonim dengan aktiviti membeli-belah penduduk di pendalaman dan warga peneroka. Disinilah mereka akan mendapatkan bekalan untuk keperluan dapur dan membeli pakaian. 

Pekan sehari bukan sahaja ada di Malaysia. Malahan di Thailand juga ada pekan sehari. Dari pemerhatian dan pengalaman saya ke Selatan Thai sehingga ke Utara Thai pekan sehari di Siam lebih meriah dikunjungi dan pelbagai jualannya. 

Apakah pekan sehari masih lagi relevan pada abad ke 21 kini? Khususnya di Malaysia. Adakah ianya dikunjungi oleh semua? Atau hanya kanak-kanak, pelajar dan golongan berusia. 
Apakah barangan yang dijual masih relevan? 

Pasar di Pekan Golok merupakan pasar kegemaran saya. Di situ jualannya adalah lebih kepada buah-buahan dan sayur-sayauran. Pakaian dan makanan bermasak juga ada dijual. Jika ke Golok pasti akan saya memborong buah nenas dan buah mangga. Jering dan ulam-ulaman dibeli dalam kadar untuk makan seminggu sahaja. 

Pasar di Pekan Padang Tengku pasar ke dua yang saya selalu kunjungi. Tipikal pasar di bandar kecil. Jualan barangan basah, kering dan pakaian. Cuma istimewa masih terdapat hasil kampung dijual. Harga ikan memang agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan pasaraya. Tetapi ikan disini lebih segar dan pelbagai pilihan. 

Maka dengan pengalaman dan pemerhatian saya. Pekan sehari masih relevan pada hari ini. Walaupun kita mempunyai banyak pilihan seperti pasaraya dan shopping online. Mungkin hanya sekadar tempat kita reakreasi. Pekan sehari tetap kita kunjungi.  


Sabtu, 8 Februari 2020

KOPI


KOPI
          Kopi adalah minuman kegemaran bagi orang tua? Atau kopi adalah minuman semua orang tak kira muda atau tua? Kopi dikaitkan dengan orang tua sebab dalam drama melayu akan ada babak atuk bila balik rumah minta kopi dengan nenek. Atau babak atuk bergdauh dengan nenek dan lepak di kedai janda dan minum kopi. Tetapi di seluruh dunia kopi juga adalah minuman kegemaran. Data dan statistik?
Berdasarkan pengalaman sendiri. Saya mula minum kopi pada umur 30an. Kopi espresso di Bukit Bintang, satu supermarket sebelah Concorde. Sekarang kita cerita mengenai kopi sebenar. Bukan kopi campuran atau yang dibancuh dan diproses. Kopi yang asli dan dikompress guna mesin kopi.
Kopi kegemaran aku sekarang adalah cafĂ© latte. Kalau terjemah Bahasa Melayunya Kopi Susu lah. Kenapa bunyi Bahasa Inggerisnya sedap betul? Tapi BM ke BI ke… Rasa dia memang sedap.  Kopi susu ni akan dibuat dari biji kopi yang ditekan dan campur dengan susu lembu segar. Hoii dia punya rasa syahdu. Macam di awang-awangan. Tapi memang bila dah masuk umur 41 ni. Bila minum kopi tu memang rasa manis betul. Walau 1 sudu gula tak ada dalam kopi yang sememangnya pahit tu.
Data dan statistik mengenai kopi ni. Sebanyak 2.5 Billion cawan di minum di seluruh dunia setiap hari. Rakyat Finland merupakan peminum kopi paling banyak di dunia sebanyak 10.35kg sehari. Rakyat Malaysia pula secara purata minum 2.5 gelas secara purata dalam sehari.   
2.5 tu memang logik. Sebab pagi memang wajib minum kopi. Tapi sayang Barrista di bandar kecil Lipis ini hanya buka jam 2 petang. Terpaksa lah minum kopi serbuk campuran. Malam sudah pasti ke kedai kopi yang sebenar dan pesan bungkus. Minum di rumah. Nikmat dan syahdu sekali. Layan…
Apa-apa pun kita minum kopi dulu yaa. 

SAHAM BSKL SELEPAS COVID

    Saham yang bernilai ringgit kini menjadi sen. Mula sahaja PKP terus saham jatuh merudum. Kini saham BSKL hidup segan dan tidak menunjuk...