Rabu, 12 Februari 2020

Ekonomi Malaysia

Ekonomi Malaysia sudah mula lesu pada Tahun 2016. Kerana harga minyak menurun dengan teruk. Maka pada tahun ini GST diperkenalkan.

Setelah diperkenalkan ia memang telah menggangu para peniaga kerana terpaksa mengutip cukai bagi pihak Kerajaan. Pihak peniaga perlu membuat kerja tambahan.

Pada 2018 Kerajaan telah bertukar. Kerajaan baru mengambil langkah untuk menghapuskan GST dan memperkenalkan SST baharu. Ia merupakan usaha yang baik untuk memperbaharui kadar sistem percukaian. Tetapi SST tidak mampu untuk menurunkan harga barang dan menambah hasil percukaian negara. Memburukkan keadaan apabila cukai-cukai yang baru diperkenalkan untuk menambah hasil pendapatan negara.

Jadi apakah langkah-langkah yang perlu untuk menjadikan ekonomi negara menjadi lebih rancak?

Kerajaan perlu memberikan kelegaan kepada rakyat. Cukai-cukai yang baharu diperkenalkan harus dihapuskan. Ini merupakan trend dunia. Negara akan memberikan pengurangan cukai. Cukai yang kurang akan meningkatkan keyakinan rakyat untuk berbelanja.

Langkah ke dua adalah merakyatkan ekonomi. Monopoli harus dihapuskan. Tidak perlu memberi lesen kepada satu syarikat sahaja. Sebagai contoh untuk mengimport buah dan sayur hanya ada 3 syarikat yang mempunyai lesen.
Benarkan rakyat memasarkan barangan mereka di pasaraya besar. Peluang harus diberikan peniaga kecil untuk memasarkan barangan mereka.

Ke tiga menarik semula pelancong dengan memperbaiki kemudahan asas di kawasan perlancongan. Membuat papan tanda dengan gambar di kawasan perlancongan seperti yang dibuat di Thailand. Kenakan sedikit bayaran di kawasan perlancongan untuk kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sampah.

Akhir sekali mudahkan rakyat untuk berniaga. Hapuskan lesen-lesen perniagaan yang membebankan dan benarkan rakyat berniaga di kawasan rumah.

Sekian, jika ada pandangan lain boleh berikan komen.

Tiada ulasan:

Catat Komen

SAHAM BSKL SELEPAS COVID

    Saham yang bernilai ringgit kini menjadi sen. Mula sahaja PKP terus saham jatuh merudum. Kini saham BSKL hidup segan dan tidak menunjuk...