Sabtu, 8 Februari 2020

KOPI


KOPI
          Kopi adalah minuman kegemaran bagi orang tua? Atau kopi adalah minuman semua orang tak kira muda atau tua? Kopi dikaitkan dengan orang tua sebab dalam drama melayu akan ada babak atuk bila balik rumah minta kopi dengan nenek. Atau babak atuk bergdauh dengan nenek dan lepak di kedai janda dan minum kopi. Tetapi di seluruh dunia kopi juga adalah minuman kegemaran. Data dan statistik?
Berdasarkan pengalaman sendiri. Saya mula minum kopi pada umur 30an. Kopi espresso di Bukit Bintang, satu supermarket sebelah Concorde. Sekarang kita cerita mengenai kopi sebenar. Bukan kopi campuran atau yang dibancuh dan diproses. Kopi yang asli dan dikompress guna mesin kopi.
Kopi kegemaran aku sekarang adalah café latte. Kalau terjemah Bahasa Melayunya Kopi Susu lah. Kenapa bunyi Bahasa Inggerisnya sedap betul? Tapi BM ke BI ke… Rasa dia memang sedap.  Kopi susu ni akan dibuat dari biji kopi yang ditekan dan campur dengan susu lembu segar. Hoii dia punya rasa syahdu. Macam di awang-awangan. Tapi memang bila dah masuk umur 41 ni. Bila minum kopi tu memang rasa manis betul. Walau 1 sudu gula tak ada dalam kopi yang sememangnya pahit tu.
Data dan statistik mengenai kopi ni. Sebanyak 2.5 Billion cawan di minum di seluruh dunia setiap hari. Rakyat Finland merupakan peminum kopi paling banyak di dunia sebanyak 10.35kg sehari. Rakyat Malaysia pula secara purata minum 2.5 gelas secara purata dalam sehari.   
2.5 tu memang logik. Sebab pagi memang wajib minum kopi. Tapi sayang Barrista di bandar kecil Lipis ini hanya buka jam 2 petang. Terpaksa lah minum kopi serbuk campuran. Malam sudah pasti ke kedai kopi yang sebenar dan pesan bungkus. Minum di rumah. Nikmat dan syahdu sekali. Layan…
Apa-apa pun kita minum kopi dulu yaa. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

SAHAM BSKL SELEPAS COVID

    Saham yang bernilai ringgit kini menjadi sen. Mula sahaja PKP terus saham jatuh merudum. Kini saham BSKL hidup segan dan tidak menunjuk...