Isnin, 10 Februari 2020

PEKAN SEHARI

PEKAN SEHARI

Pekan sehari adalah tempat membeli belah warga kampung. Ia memang sinonim dengan aktiviti membeli-belah penduduk di pendalaman dan warga peneroka. Disinilah mereka akan mendapatkan bekalan untuk keperluan dapur dan membeli pakaian. 

Pekan sehari bukan sahaja ada di Malaysia. Malahan di Thailand juga ada pekan sehari. Dari pemerhatian dan pengalaman saya ke Selatan Thai sehingga ke Utara Thai pekan sehari di Siam lebih meriah dikunjungi dan pelbagai jualannya. 

Apakah pekan sehari masih lagi relevan pada abad ke 21 kini? Khususnya di Malaysia. Adakah ianya dikunjungi oleh semua? Atau hanya kanak-kanak, pelajar dan golongan berusia. 
Apakah barangan yang dijual masih relevan? 

Pasar di Pekan Golok merupakan pasar kegemaran saya. Di situ jualannya adalah lebih kepada buah-buahan dan sayur-sayauran. Pakaian dan makanan bermasak juga ada dijual. Jika ke Golok pasti akan saya memborong buah nenas dan buah mangga. Jering dan ulam-ulaman dibeli dalam kadar untuk makan seminggu sahaja. 

Pasar di Pekan Padang Tengku pasar ke dua yang saya selalu kunjungi. Tipikal pasar di bandar kecil. Jualan barangan basah, kering dan pakaian. Cuma istimewa masih terdapat hasil kampung dijual. Harga ikan memang agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan pasaraya. Tetapi ikan disini lebih segar dan pelbagai pilihan. 

Maka dengan pengalaman dan pemerhatian saya. Pekan sehari masih relevan pada hari ini. Walaupun kita mempunyai banyak pilihan seperti pasaraya dan shopping online. Mungkin hanya sekadar tempat kita reakreasi. Pekan sehari tetap kita kunjungi.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ekonomi Malaysia

Ekonomi Malaysia sudah mula lesu pada Tahun 2016. Kerana harga minyak menurun dengan teruk. Maka pada tahun ini GST diperkenalkan. Setelah...